Tuesday, June 15, 2010

Keunggulan Cerita 'Tangon' (Cerita Rakyat)

Saya menulis buku (novel) tapi hati terpanggil untuk mencuba menulis cerita pendek seperti cerpen tetapi apabila En. Cliff (DBP) mencadangkan supaya saya cuba menulis cerita rakyat bagi penyertaan Peraduan Menulis dan Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah 2009, saya sertai juga peraduan itu walaupun masa saya amat terhad sementelah saya memang sudah sekian lama 'jatuh hati' dengan kisah2 cerita 'tangon'. Semenjak kecil, nenek saya sering menceritakan 'tangon' kepada kami (cucu2nya) dan ada 'tangon' yang masih terpahat di sanubari ini lalu saya olah cerita itu berpandukan cerita asal drpd nenek. Saya tetap bersyukur, walau cerita rakyat saya itu tidak mendapat tempat pertama tetapi sekurang-kurangnya mendapat nilaian sebagai salah satu di antara 10 pemenang daripada sekian jumlah karya penyertaan. Maka lahirlah cerita rakyat saya yang bertajuk 'Manuk Bura' di dalam buku Kumpulan Cerita Rakyat Hasil Peraduan Menulis Cerita Rakyat Sabah 2009.

Terima kasih kepada pihak DBP terutama En. Cliff Kamijan yg banyak memberi dorongan dan semangat dalam penulisan cerita rakyat ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan dan pada masa akan datang ada lagi karya cerita rakyat yang akan berjaya diterbitkan melalui DBP. Memang bukan mudah menyiapkan karya seperti ini namun dengan bimbingan dan tunjuk ajar drpd seorang penulis berpengalaman yg sanggup berkongsi ilmu penulisan iaitu Sifu Azmah Nordin, saya akan cuba sedaya upaya dengan azam agar cerita2 'tangon' ini dapat dikongsikan/diturunkan kepada anak2, generasi baru kita.

Monday, June 14, 2010

VISI SOPHIA


Teman2 sekalian,


Visi Sophia merupakan kompilasi/kumpulan cerpen yang diterbitkan tahun 2010 ini. Karya yang memuatkan cerpen rakan2 penulis yang telah berjaya memenangi hadiah Sayembara Cerpen anjuran kerjasama SEDCO dan BAHASA Kota Kinabalu. Salah satu cerpen saya telah memenangi tempat kedua, cerpen bertajuk 'AYAH' dan cerpen saya yang bertajuk 'WAKIL RAKYAT' juga turut dimuatkan di Visi Sophia ini. Syukur tidak terhingga kerana cerpen saya mendapat tempat dan saya berharap di masa akan datang akan ada lagi peluang yang lebih baik. Sesungguhnya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan pengadil kerana memberi peluang kepada penulis2 baru untuk mengasah bakat dalam penulisan. Terima kasih.